Nie sandal Aries'sya....
Kin baru beli semalam.....
Punca pembelian ini kerana Kin terlupa membawa sandal Aries'sya dan terpaksa mendukungnya sepanjang perjalanan.
Akhirnya kin tekad berhenti di satu kedai bernama STADIUM disini.
Main sauk jer, then bila minah nie pakai katanya sakit... Muahahahaha!!!! Lepas tu dia dah taknak pakai lagi, katanya ketat.
So Kin rasa haruslah sandal nie di let go sebelum hilang dipandangan mata.
Kin jual pada harga RM40 (nego)
Saiz US 9 (malaysian saiz sama kot)
Dibeli pada harga RM52.90 di Pavillion KL. Pakai hanya beberapa jam sahaja.....
Kalo berminat boleh email kin atau drop msg kat comment jer ya...
p/s: rasakan
Tuesday, June 30, 2009
Iklan Japs
Posted by mummysya at 8:00 PM 2 comments
Sila Jangan Rapat
Sebelum Kin pergi dengan lebih jauh, sila pastikan anda percaya bahawa entry ini ditulis sediri oleh tuan punya blog.....

Nie adalah pics sehari sebelum confrence. kami berdua dating sambil makan dalam kete. Kami ke TTDI coz MrHazizul perlu berjumpa dengan rakan niaganya....
Kin tak pegi, duduk dalam kete. Then we olls tapau Domino, lepak jap terus ke Sungai Wang.....
Kin ke Sungai Wang atas urusan suami isteri. Kami menjelajah setiap kedai dibawah nama...... I Need House... Kedai nie cuma untuk manusia yang berumur 18tahun ke atas sahaja. Pernah dengar kan....
Pada yang hebat dan arif, mesti pernah kan.... Kin pun baru tahu masa misi mencari sesuatu. Misi ini diketahui oleh seorang sahaja rakan blog, KAK WOS...Muahahahaha..... Tapi jangan korang fikir stokin ini untuk Kak WOS ya anak-anak, cuma kejadian cerita ini juga diketahui oleh beliau.....
Ok,ok... Tahan nafas ya. Benda yang dicarik ialah stokin nie.....
Stokin ini bukan untuk dipakai untuk ke-tempat kerja dan bukan juga untuk berjalan meronda-ronda atau bershopping ya, tapi kegunaan stokin ini lebih kepada SUKAN.... Sukan apa??? Sila cariks dalam kamus sendiri....
Si pemakai bukan sahaja menantikan hari JUMAAT untuk sukan ini, tetapi bagi diri si-pemakai tiap-tiap malam adalah malam JUMAAT baginya.... Huahahahaha!!! Ayat nie adalah plagiat dari peminta stokin ini....
Tapi... Macam geli lak nak cerita lebih lanjut, kalo nak tahu sambungan kisah nie, korang baca comments nanti ya........
p/s: puas hati
Posted by mummysya at 1:00 PM 15 comments
Halooooo
Salam....
Hyeeee...
Banyak nak update.... Tapi belum berkesempatan nak buat semua...
Nak citer pasal confrence, pasal gathering, pasal Zoo dan pasal mc..
hehehehe!!!
Ok², knowing yang Cik Semput sering menerjah tatkala cuaca gini, Kin pun mengambil jalan mudah dengan mengikut sahaja arus kejadiannya.... hehehehe!!! Faham tak???
Sebenarnya, last 2 weeks, ramai rakan-rakan Kin yang mengadu sesak nafas, gatal hidung, asthma sedangkan Kin pada masa tu sihat sajer...
Ada jugak Kin terfikir, kalo ikutkan cuaca gini, Kin pasti alah. Tapi mengapa plak tiada sebarang tanda menunjukkan yang Cik Semput datang. Ada sorang kawan Kin tu sampai masuk hospital dek sesak nafas. Yang paling kesian, dia mengandung plak tu dan hampir bulan ke-7. Huhuhuhu... Kin pernah lalui dulu masa pregnant bulan ke-6... Semoga ko cepat sembuh Balqis.
So semalam tu memang dah kalah dan mengalah... Cik semput datang setiap 2jam, pergi clinic doctor cakap faktor cuaca.
Seharian tido dan rehat, petang tu hujan plak lagi.... Muahahaha.....
Kalo keluar rumah, hidung sure gatal punya... Sinus pun datang dengan package lah...
Kalo boleh Kin nak cerita pasal semua sekali sekarang jugak, tapi banyak benda kena buat. dahlah internet macam @#$%^&*... Errrr...
Insyallah, jap² lagi ada ya.....
Posted by mummysya at 12:16 PM 3 comments
Monday, June 29, 2009
1 World 1 Soul



click sini...
At the moment, Kin tak sihat. Hari nie mc.
Insyallah, Kin akan cuba update secepat mungkin.
Pada yang nak pics sila email syikin66@yahoo.com untuk arrange penghantaran cd.
Sampai ketemu lagi....
p/s: banyak lagi
Posted by mummysya at 3:19 PM 16 comments
Sunday, June 28, 2009
Walaweiiiii
Penat, ngantuk dan lapar.......
Dan sangat tergediks nak buat banyak-banyak entry.... Muahahahaha.....
Settle satu-satu dulu boleh...
Kita makan dulu yok!!!!
Posted by mummysya at 8:40 PM 6 comments
Tengah Malam Pagi
Salam Pagi Ahad.....
Yer, pagi Ahad. Masa Kin menaip nie pukul 2:07am... Betulkan, tak tipu....
Masa nie barulah siap segala macam benda nak dibuat. Penat tak tahu nak cakap, ngantuk sudah tentu....
Petang sabtu habis confrence kul 6.30pm. Sepatutnya boleh check out pukul 8.00pm tapi Kin banyak urusan yang nak dibuat.
Dari Lanai kul 6.30pm, sampai rumah terus cariks buah hati pengarang jantung Kin dulu, wohhhh, rindu macam nak pengsan. Peluk cium then lepak jap. MrHazizul masih belum balik dari class, dia pun bz sampai malam.
Lepas maghrib, Kin berdua dengan Aries'sya ke JJ Maluri. Beli barangan untuk portluck nie, sambil tu dah alang-alang shopping groceries untuk mama.
Lepas tu teman Aries'sya makan ice cream baskin robin. Then terus cariks hadiah untuk gathering esok....
Owhhh... kena tido nampaknya, esok nak bangun awal. MrHazizul masih belum balik, ermmmm... Nampaknya dia lagi bz dari Kin.
Anyway, pada yang akan bersama menghadiri gathering esok kita jumpa disana ya!!!!
Semoga ketemu lagik!!!!
Posted by mummysya at 2:04 AM 1 comments
Saturday, June 27, 2009
Perlu Kamu.....
Owhhh...
Sesungguhnya tanpa mereka, Kin sangat boring......
Baby,
Mummy tak boleh tido sayang. Dah hampir pukul 2.30am, mata mummy tak mahu lelap...
Mummy rindu nak cium kakak, nak peluk kakak......
Mummy sangat rindukan Kakak, hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang Mummy rasa sekarang.....
U,
I pun rindo kat u jugak tau.... Kan best kalo daddy dan Aries'sya ada kat sini sekarang.....
Kin tak bisa hidup tanpa mereka....Percayalah....
Owhhhh.... sakitkan RINDU nie!!!!
p/s: cepatlah masa nie
Posted by mummysya at 2:08 AM 5 comments
Friday, June 26, 2009
Confrence
Kin baru balik dari Sogo. cariks barang sikit. Petang nie Kin akan menghadiri confrence sampai esok petang.
Maknanya malam nie Kin tiada dirumah.... Huhuhuhu...
I'm gonna miss my lil princess, Aries'sya....

So Kin gigih lunch tadi kuar pi carik barang untuk cinta hati Kin.
Kin belikan Aries'sya CD cartoon fav dia, Dora and Noddy... nampak plak yo yo, beli jer lah sekali... hehehehe!!!
Insyallah Ahad nanti, ada gathering dengan bloggers @ Tasik Titiwangsa. Bertemakan I World 1 Soul... Hope boleh jumpa ramai bloggers kat sana.
Then lepas tu cadang nak pi Zoo Negara bawak Aries'sya....
Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.
Malam nie Kin tido tanpa Aries'sya...Sob. sob..sob.....
p/s: aku bukan macam kau!!!
Posted by mummysya at 3:39 PM 7 comments
Astro
Citer nie takde gambar....
Hanya berbekalkan perasaan marah sajer....
Ok, kin sangat marah dengan Astro sekarang nie. Maksud Kin dengan vendor Astro. Ok, ingat tak citer nie. Kin dan MrHazizul memang nak pasang Astro yang ke-3 dalam rumah kami. Satu Astro untuk nanny, satu untuk MrHazizul dan satu lagi untuk Aries'sya.
Ahad lepas, Mama dah deal dengan satu vendor nak pasang on wednesday. Hari yang ditunggu tiba. Tunggu punya tunggu tak datang. Katanya tak sempat banyak pelanggan.
Ok, fine. Kita buat esok lah.
Kahmis, masih lagi tak datang. Katanya nak datang kul 6pm. Kul 7pm Kin call tanya katne, dia kata tengah pasang Astro rumah orang lain dulu. Maybe datang malam. Malam Kin tunggu tak datang.
Haaaa!!! Apa lagi, masa nie dah tak boleh sabar lagi. Kin call vendor tu, namanya Shamsul. Kata dia, dia dah pass semuanya kat cina yang nak pasang Astro nie, namanya Phang. Set decoder pun dah ambil. Kin pun call lah Mr.Phang nie, ada ker dia cakap yang dia masih tengah sibuk pasang Astro orang lain, banyak keje nak buat, tak tahu boleh datang kul berapa lagi.....
Cet!!! Kali nie Kin call terus Vendor punya manager, kasi hantam cukup-cukup.....
sakit betul hati kin. Lepas tu Mr Phang tu call kin tanya esok (Jumaat) kin ada rumah tak. Kin tak jawab langsung terus letak phone. Ko nak main-main kan, cakaplah betul-betul, ingat kita pasang Astro, bill percuma tiap-tiap bulan ker???
Kin terus call dengan Shamsul (Vendor) yang kin nak tahu, bila dan pukul berapa dia nak datang pasang sebenarnya...
Kalo susah sangat, CANCEL !!!! Habis cerita.... Sepantas kilat Shamsul minta izin call Kin semula dan set time dengan MrPhang akan pasang hari Jumaat, after 5.30pm.
Ok, kita tunggu kalo mungkir janji lagi tak nahas ko!!!!
Mau main-main ker???
p/s: jangan di-uji
Posted by mummysya at 2:00 PM 5 comments
Singgah Semenyih
Kami menghantar MIL pulang.... Dari kuang ke Semenyih hampir 2jam. Mangkuk punya jammed lah....
Nasib baik kete MrHazizul auto, kalo kete kecik akak maunya keras kejung kami laki bini dalam kete.
Rupanya, semua adik beradik MrHazizul ada dirumah. Makanan dah siap sedia, Kin tak makan pun coz hati meruntun-runtun mau pulang mejenguk sikecil ku....
Amboi, syoknya dia makan ya..... Lama plak tu, Kin duk bebel suruh lekas sampaikan SIL kin goreng ikan bilis boleh kan Kin tak sedar dah hangus......
Muahahaha bukan salah akak tau.... Akak pon tak tahu ikan bilis tu tengah berenang dalam minyak panas tu....
Jangan salah sangka, nie bukan keje akak.... FYI, akak pandai masak tau... AWAS ya anak-anak... Yer, yer sila menyampah tapi ini adalah satu kenyataan...
Kalo tak caya, ada beran kita masuk pertandingan masak- memasak..... Hehehehe!!!
Dari Semenyih kul 9.15pm, sampai Maluri ngam-ngam kul 10pm....

owhhhh... Rindunya..... hampir 12 jam mummy tinggalkan kakak.....
Mummy sayang kakak banyak sangat tau......
p/s: anugerah terindah
Posted by mummysya at 10:00 AM 6 comments
Thursday, June 25, 2009
Kisah itu
Berbalik pada cerita tertangguh....
Ya Kin memang penat, nak update tapi mata tak boleh bukak langsung...... Sangat pasrah okay...
Kin tiba tak lama selepas jenazah sampai lebih kurang 15mins.. Masa nie, mereka membawa jenazah keatas untuk tatapan terakhir ahli keluarga.....
Terus terang kin katakan, semenjak berkahwin dengan MrHazizul yang hampir mencecah 4 tahun, cuma sekali jer Kin berjumpa dengan arwah masa kenduri kahwin adik MrHazizul.....
Arwah orangnya peramah, even berjumpa sekali sahaja....
Lebih kurang setengah jam didalam, jenazah dibawa ke Masjid berdekatan untuk disembahyang kan dan kemudian dikebumikan.....

selepas tu, Kin dan MrHazizul keluar untuk mencari minum petang untuk tetamu... Kat area kuang nie, banyak gilr orang berniaga.
Kin berhentilah satu kedai nie, kawasan nya sangat bersih dan chantek. Langsung takde satu sampah pun.... Semuanya tersusun, siap ada tempat makan lagi.....
Harus ada gambar akak kan, NAPER tak boleh???? Saper berani saman letak gambar sendiri, meh sini... Hehehe!!! Emo sendiri....
Kami berdating berdua sambil makan nasi lemak sementara menunggu kakak yang berniaga nie mengoreng cucur pisang yang shedapppp....
Sambal nasi lemak nie power giler.....
Lepas makan, kami pulang kerumah... jamu tetamu makan. Malam nanti ada kenduri tahlil. Kin & MIL tak dapat tunggu. Kami terpaksa pulang...
Umurnya hampir 80 tahun. Dah tak gagah nak berjalan dan menghidap penyakit darah tinggi semenjak melahirkan anak ke-8. Mata pun dah tak berapa nampak.....
Nenek MrHazizul nie, kin selalu jumpa. Haruslah kan. Raya dan kenduri kendara harus ada.
Yang berbaju biru itu adalah MIL kin. MIL kin datang sendirian. Around 6.30pm kami pulang.
Oh ye, permergian arwah uncle sangat mengejut. Uncle mengadu sakit dada pada pagi selasa. Masa di klinik doctor menyarankan uncle mengambil ujian x-ray dan datang semula pada pagi rabu.
Pagi Rabu yang dijanjikan, seawal pagi uncle bersiap nak ke klinik untuk ujian x-ray. Sampai jer kat klinik, uncle rebah. Doctor mengesahkan yang uncle sudah tiada lagi dan paling mengejutkan, ujian x-ray tidak menunjukkan uncle mengidap apa-apa penyakit pun mahupun serangan jantung.....
Bak kata aunty iaitu isteri uncle dan jugak adik kepada MIL kin, uncle pergi dengan senang dan langsung tdak menyusahkan. Uncle tak pernah mengadu sakit apa-apa atau mengidap apa-apa penyakit pun sebelum ini.....
Inilah kuasa ALLAH SWT.... Yang sakit tenat, belum tentu akan mati dan kita yang sihat wal'afiat belum tentu akan hidup lama lagi..... Sementara Kita masih mampu bernafas dimuka bumi ini, hargailah segalanya dan berlumbalah untuk berbuat kebaikkan.....
Kerana jemputan untuk pulang belum tentu bersebab......
p/s: aku yang ketinggalan
Posted by mummysya at 3:27 PM 6 comments
Wednesday, June 24, 2009
Terima Kasih
Salam semua....
owhhh!!! Kin kepenatan. Hari nie half day emergency. Bapa saudara MrHazizul meninggal dunia pagi tadi dalam pukul 10am.
Sampai rumah, siap-siap terus ke Kuang. Menunggu jenazah tiba dari Jelebu, tepat pukul 4.15pm jenazah pun tiba. Bawa ke dalam rumah untuk tatapan ahli keluarga buat kali terakhir.
Selepas selesai solat jenazah, kami ke tanah perkuburan.
urusan selesai jam 6pm. Kin ke rumah nenek MrHazizul dan berkumpul disana. Kin tak boleh lama kerana Aries'sya ditinggalkan di rumah Nanny.
Dari Kuang, hantar MIL kin balik ke Semenyih. Jalan jam, perjalanan mengambil masa 2jam....
Dari Semenyih sampai Cheras tepat kul 10pm. Terus carik Aries'sya dulu. Rindu nya......
Kin sangat letihhhhh dan perlu berehat, esok perlu keluar rumah seawal pagi........
Insyallah, kalo semuanya dah okay, Kin cerita segalanya lagi disini... Terima kasih buat semua yang senantiasa sudi membaca blog Kin....
Semoga Arwah uncle ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga tenang disana. Insyallah.
AlFatihah......
Tiada tanda untuk dijangka, ianya pergi dengan pantas dan tidak diduga...Oh!!! Besarnya kuasamu Ya ALLAH...
p/s: pasrah dan sedey
Posted by mummysya at 10:15 PM 6 comments
LCD & DVD
Semenjak Aries'sya mengambil alih tampuk pemerintahan diruang tamu, maka kami semua terpaksa menyembunyikan diri didalam bilik menonton rancangan pilihan kami...
Mangsa yang paling tertekan adalah Nanny Aries'sya. Sian Nanny, asyik-asyik kena menonton bersama Aries'sya channel cartoon dan learning.....
Carik yang biasa-biasa ajer, janji dapat menampung keselesaan LCD nie.....
So lepas nie takyah gadoh dengan Nanny lagi.....
Aman!!!! Case closed!!!
p/s: tak sabar nak pindah
Posted by mummysya at 4:00 PM 4 comments
ID Perempuan
Seawal pagi Kin dah sampai office.....
Pagi subuh, jalan tak jam langsung.... Alangkah seronoknya kalo setiap masa, tak kira pagi petang siang malam begini....
hehehehe!!!
Motif utaman nak tunjuk baju baru.... Muahahaha.... Sedikit masa dahulu, Kin kemaruk beli tudung ala Ekin, sekarang nie plak amukkan membeli baju siap, takyah tempah bagai....
Tinggal sauk jer kat badan.... Senang kan, takyah tunggu nak siap.....
Oh ye, kat Koperasi BNM ada menjual baju kurung siap berlabuci bagai.... Sangat chantek dan menarik....
Walaupon jual di Koperasi, konsepnya bukan beli dan hutang.... Beli dan bayar cash. Baju kurung tak boleh buat loan, kalo ada haruslah dirembat semuanya dan diloankan di Koperasi.... Muahahaha!!!! Cash & Carry gitu.....
Baju-baju nie berlebal kan jenama ID Perempuan. Korang boleh tengok dalam majalah perempuan keluaran bulan May dan June kalo Kin tak salah. Kat dalam tu boleh tengok pengasasnya seorang ibu tungal yang berjaya dan bekerjaya.... Syabas!!!

Dek kemaruk dengan baju-baju tu, Kin rembat 3 pasang. Tapi yang hijau sebelah kanan tu adalah jubah....
Jubah tu panjang sikit kena jahit sikit bawahnya supaya tidak kelihatan seperti baju pinjam... Muahahaha....
Kalo nafsu kuat boleh pakai time raya... Tapi kalo nafsu tidak terkawal, memang terus sauk pegi keje.....
Dan akhirnyaaaa........
p/s: nie tengah sabar nie
Posted by mummysya at 2:00 PM 13 comments
Adakalanya
Adakalanya kami tak sependapat...... Kami saling mencemburui antara satu sama lain...
Akibatnya.....
Masa nie kami dua beranak keboringan sambil menunggu MrHazizul pulang... Aries'sya plak sejak duk mengadap learning channels di Astro, dia semakin kreatif....
Bila dah terlebih kreatif, akhirnya begini jadiknya..... Takpelah Kak, mummy pasrah sebab mummy pun happy dapat conteng muka kakak!!! Muahahaha!!!
Jangan salah anggap ya, gambar tu mmg ganas tapi takdelah sampai senget muka Aries'sya Kin kerjakan.... Eksyen jer lebih.... Naper??? Tak caya ek????
Nak kiss sikit boleh???
p/s: mummy mencintai kakak
Posted by mummysya at 11:02 AM 9 comments
Happy Birthday Kak Wos
Happy Besday Kak Wos!!!!!

Selalu letak cake kan, kali nie Kin letak banana split kerana Kak Wos sukakan banana split!!! Muahahaha.... Ehhh!!!

Nielah Kak Wos, nama glamour yang terkini. Dahulunya Kak Piah, banyak sangat kontroversi nama tu kan Kak Wos.....
Nie lah muka besday gurl yang tak dapat menerima hakikat bahawa hari nie bertambah lagi setahun umurnya menjadik sweet sour 17..... hehehehehe....

Sebenarnya Kin dah janji dengan Yuva, teman seangkatan kak Wos di medan peperangan untuk bersama meraikan sehari sebelum besdaynya...
Takdelah sambut aper pon, cuma ajak makan dan borak jer. Tapi pompuan sengal ini dapat menghidu misi khas kami....
Ceh!!!! Tak surprise langsung......

Anyway, semoga ko panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu... Dan yang paling penting semoga berbahagia dengan rumah baru....
Eh, Ehhh!!! ada lagi, gate baru, kitchen cabinet baru, ada lagi....ermmmmm..... takpelah, takoot Kak Wos hempuk plak lepas baca entry nie......
Muahahahahaha!!!!
Ok-ok, ini serious....
Ros, semoga ko dipanjangkan umur, happy selalu dan berbahagia bersama family ko.....
p/s: sakit kaki
Posted by mummysya at 12:17 AM 1 comments
Tuesday, June 23, 2009
Boring
Salam U ollss.....
Hari nie hujan pagi kan..... Sangat scary coz gelap hamat masa otw...
Owhhhh...tis week Kin duty pagi. So seawal 5.45am dah bangun bersiap nak ke office. Ada ker yang lagi awal dari Kin...hehehehe!!! Haruslah kan, ada tu kawan kin tu duduk Labu, NS bangun kul 4.30am..... Huhuhu.... Pukul berapalah ko tido yer Mona......
Ok-ok, back to the story.... Gedebak gedebuk, sampai office kul 6.45am...Tapi pagi nie, takde signal pun dari rumah nak hujan. Sampai Masjid Jamek, sambil memandang ke arah BNM, awan gelap menandakan hujan mau turun daaaa....
Terus call Mrhazizul suruh siap-siap awal pegi keje coz tak pasal-pasal basah lencun nanti atas moto.... huhuhuhu....
Sampai office plak, rupanya masih gelap. Selalunya ada yang lagi awal sampai, tapi orang tu cuti seminggu plak..... So double gelap lah hari nie yaa...... hehehehe!!!
Boring dan ngantuk giler....
Tapi hatiku berdentam-dentum nak updated blog.... Boleh???
p/s: suker
Posted by mummysya at 10:39 AM 4 comments
Monday, June 22, 2009
Father's Day
Happy Father's Day to my lovely Papa and hubby, MrHazizul....
Sebenarnya tak plan pun nak celebrate coz Kin masih di-alam kesakitan. Selsema, sore throat dan sakit kepala masih lagi segar dan baru dibadan....
So ingat father's day nie nak wish-wish ajer......
Tapi bila fikir balik, kalo tido badan lagi lemah. Call Miss Jiejie dan plan sekali dengan Miss Elaine ajak lunch together-gather kat KLCC...
MrKuda, thanks ya coz sudi spend time dgn family kami dan sowyyy kaco kamu dating ya...
Hazelnut cake from Secret Receipe.... Thanks to Miss jiejie dan MrKuda coz sempat buat semuanya last minutes.
Thanks also to Miss Elaine coz terpaksa batalkan dating nya pada saat-saat akhir. Family comes first rit.... Huhuhuhu!!!
Disebabkan sangat last minutes, masa tunggu order kami pergi cariks hadiah..... Sempat belikan sehelai kemeja untuk Papa dan boxer untuk MrHazizul. Boxer ajer????
Hehehehe!!!! Oh ye, hadiah MrHazizul dah dapat awal ya pada hari jumaat lepas keje. Beli kat Sungei Wang, entry hadiah tu nanti-nanti ya....
Sedap dan menyelerakan.... Kata tak plan, mana-mana pun okaylah... Lagipun semua suka jugak kan.... Hehehehe!!!
Pada Papa, terima kasih kerana membesarkan dan memberi kasih sayang secukupnya. Along hargai sangat.
To my lovely hubby, terima kasih juga kerana menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab pada kami berdua. Mummy dan Aries'sya sayang daddy banyak-banyak ya.....
Thanks to olls coz sangat pantas dan cekap dalam urusan last minutes ini. Esp to Miss Elaine, Miss Jiejie dan MrKuda..... U, MrKuda yang belikan you baju tu tau.... Thank you MrKuda aka MrZulhafek.
Semoga family kita bahagia selamanya........
p/s:ada yang dah nak kahwin ker....Lariksss!!!
Posted by mummysya at 3:01 PM 2 comments
Durian Kampung
Lepas MrHazizul rehat, kami pulang...
Sepanjang perjalanan, kiri kanan orang duk jual durian. Aries'sya kan pencinta durian, haruslah berhenti lagipun nie durian kampung, harus dibeli nie....
Durian kampung nie agak mahal sikit. MrHazizul kata isi dan rasa durian kampung nie lain sikit dari durian biasa. Durian biasa tu durian apa u???
Sekilo RM6. Kami beli 2 biji sahaja, RM30. Tawar sikit dapatlah RM25.
Dapat perjalanan balik, Kin dah rasa badan macam kurang okay. Macam nak demam plak... Maybe sebab berjalan seharian redah panas.
Balik jer terus kong!!!! Selsema, batuk, asthma dan sakit kepala datang secara package dan sekali gus....
Habislah.....
p/s: jangan sakit pleaseeee
Posted by mummysya at 2:00 PM 4 comments
Semenyih & UUM
Sampai Semenyih, on aircond terus zzzZZZZZ..... Bukan Kin ya tapi MrHazizul....
Selalunya sabtu bangun kul 2-3pm, tapi sebab sudah berjanji setia bersama mak nya haruslah bangun seawal pagi kul 8am..... Tulah sebabnya dia ngantuk!!!!
Muahahaha!!! Bukan main suka lagi dia main hidung dan misai bapaknya.
Takpe-takpe kak, dah selalu sepahkan rumah Nanny sekali sekali sekala rumah tok wan apa salahnya kan....
Bukan hari-hari kan!!!! Muahahahaha!!!
FIL kin yang semakin tembam.... Seronok dia tengok si Aries'sya duk snap pics dia....
Oh ye, Tahniah buat SIL kin Kak Chik aka Natrah coz dapat sambung Degree in IT kat UUM. Sabtu depan regsiter. Jauh gaban okay.... Good Luck Kak Chik, nampaknya kahwin kena postponed lah ya...
Insyallah, kami akan terbang bersama-sama menghantar Mak su Aries'sya ke UUM Sintok Kedah next week.
p/s: cuti lagi next week
Posted by mummysya at 12:00 PM 4 comments
Cosmic Silk Fashion Gallery
Kali nie misi mencari baju raya...... Ehhh!!! Kain nak buat baju raya lah..... I'm sowwwyyy....
Kami ke Cosmic Silk Fashion Gallery.... Tempat nie agak baru kot, dalamannya sangat chantik dan tersusun....
Oh ye, MIL kin belikan menantu dan cucunya kain.... Hehehehehe!!! Tepat sangkaan saya. Alhamdulillah.... Rezeki-rezeki....
MIL kin pening sampai tak boleh nak pilih, apatah lagi Kin kan. Kin nie plak bukan jenis yang beli dan tempah, lebih senang beli dah siap..... Malas nak tunggu lagi. Tapi kali nie nampaknya kena tempah lah jugak.....
MIL : Syikin cariklah baju untuk syikin dan Aries'sya sekali, mak belanja....
Wah!!! Korang ingat Kin nak tunggu lagi, terus pusing satu floor. Tapi Kin masih didalam keadaan sedar, ambil sepasang corak yang sama untuk kami dua beranak.
MIL : Takkan satu jer, ambil lah lagi untuk syikin.....
Muahahaha!!! Itu bukan lakonan atau tambahan ya, itu adalah kisah benar.... Hehehehe!!! Tambah lagi dua pasang satu pilihan MrHazizul dan satu lagi MIL kin yang pilih....

Yang corak pink hitam itu untuk kami dua beranak. Oh ye, MIL kin tak beli untuk anak kesayangannya coz nak belikan yang dah siap saja, lagi senang kan.....
Yang kuning coklat tu MrHazizul yang pilih dan hitam tu adalah pilihan MIL.
Alhamdulillah.....
Dari kedai nie, we olls pi belasah Laksa utara yang sedap terlampau kat Pasar Malam Jalan TAR. masa tu around 3pm.
Dek cuaca yang terlalu panas, kami pusing kat area Jalan TAR sekejap sajer. MIL kin kesiankan Aries'sya. Oh ye, Aries'sya ketidoran sepanjang jalan coz kepenatan.
Pusing jap, then terus makan lagi kat Nasi Kandar Kudu.....Then terus balik Semenyih, insyallah next week kita orang repeat lagi. Energy untuk berjalan sudah kong......
p/s: ngantuk beb!!!
Posted by mummysya at 10:00 AM 3 comments
Carpet Rajah
Seperti yang di plan, seawal pagi kami anank beranak dah ke Semenyih untuk menjemput MIL Kin.
Pagi Sabtu hujan lebat sangat, masa otw pun dah risau takut-takut KL pun hujan. Kalo hujan-hujan nie susah sikit nak jalan.
Alhamdulillah, cuaca kat KL bagus. Panas melantun ko. Parking kat Capsquare, jalan kaki ke kedai Carpet. Jauh giler, tapi nak buat macam mana kan, KL nie memanjang jer jammed, esp hari Sabtu.
Kami kedai Carpet Rajah. Kami memang selesa di kedai nie sejak mula kahwin dulu... Hehehehe!!!
Masa muda remaja tak pandai beli Carpet, dah kahwin baru berjinak-jinak membeli carpet dan Kedai Rajah nie memang tempat favourite kami.
Kin kan ada sinus, haruslah berjaga-jaga ok. Sebelah tu ibu mertua ku.... huhuhu...
MIL kin nak carpet sebijik macam rumah kami. Takde bulu-bulu bagai. Haruslah carpet berkonsepkan rug. Kin suggest kat MIL kin, Belgium Rug Carpet. Walaupun agak mahal, kualiti dan senang nak bersihkan.
MIL kin okay ajer, asalkan tidak bercorak-kan bunga-bunga.... Mahukan abstract design katanya...
Kedai Rajah nie 3 tingkat ya anak-anak. Haruslah berpinar hidung dan mata nak jelajah setiap tingkat.....
MIL kin pilih saiz 8'x11'. Harga asalnya RM1299. Mak aiiiii, mahalnya.
Masa nie Kin menggunakan sepenuhnya kuasa wanita. Pompuan kan pandai tawar menawar!!!! Dari satu harga ke satu harga dan akhirnya, dari RM1299 ke RM850.
Settled!!!
Mak, lepas nie kita nak kemana pulak???
Carik kain buat baju raya plak katanya........
Next entry ya.......
p/s: hajat tercapai...
Posted by mummysya at 9:00 AM 0 comments
Friday, June 19, 2009
Happy Weekend
Esok dah cuti.......
Bila cuti nie, memacam nak buat. Nak hantar baju ke dobi, kemas rumah, kemas segala macamlah. Selain tu masa nielah nak buat itu-ini, nak pegi beli barang keperluan dan sebagainya. Shopping pun sesuai sekali hari-hari minggu gini.
Bagi dah berkeluarga, masa nielah nak pi bawak anak-anak jalan. Dahlah 5 hari sibuk bekerja, masa nielah kena bersama..... Bebudak zaman sekarang, sungguh beremosi.....
Kang tak layan, kata tak sayang plak!!! Nanti sayang nenek dan atuk jer.... Ada tu yang panggil atuk & nenek nya "mak dan ayah".... Huhuhu!!!
Cuti 2 hari jer, nak buat macam-macam.
Selalunya apa yang akan Kin buat selalunya ialah Sabtu adalah hari untuk jalan, Ahad pula hari rehat kat rumah. Normally Sabtu tu akan jalan seharian, beli apa yang patut. Ahad duduk rumah.... rehat, ambil baju kat dobi dan tido puas-puas... Itupun kalo takde plan kemana-mana lah....
Tapi esok!!!!! Kin telah ditempah oleh IBU MERTUA ku... Hehehehehe!!! Katanya nak ajak shopping. Kata nya juga nak beli carpet, langsir dan baju raya...
"Eh!!! Mak nak beli baju raya untuk kami anak beranak ya"...Muahahahaha!!! Sila perasan sendirian berhad.....
Katanya nak pegi Jalan TAR dan langsung ke Pasar Malam Jalan TAR...
Aduss!!! Shopping tu okay jugak, tapi Pasar Malam tu leceh sikitlah... Orang mesti ramai kan.... Hermmmm!!!! Tapi kalo mak belikan Baju raya untuk kami anak beranak, bukan setakat Pasar malam, Pasar Pagi Petang Siang Malam pun Kin okay jer......
Muahahahahahaha!!!! Kin kan menantu perempuan mak sorang!!!! Tak rugi pownnn...
Ohhh!!! alangkah indahnya kalo semua itu menjadik kenyataan....
Apa-apa pun, kita tunggu jer lah.... Rezeki jangan ditolak, anonymous jangan dijemput!!! Hehehehe!!!
Baiklah Selamat Berhujung Minggu Semua....
p/s: baju raya dah siap ker???
Posted by mummysya at 4:00 PM 5 comments
Segar Bugar
Dah hampir pukul 1.30pagi.....
Agaknya korang mesti dah lena diulit mimpikan....
Wah!!! syoknya tido peluk bantal...... Eh!!! Peluk bantal jer ker???? Boleh caya ker nie????
Tapi Aries'sya masih lagi segar bugar..... Budak nie timing tido dia dah lariks....
This week asyiklah tido pukul 5pagi.....Alahai!!!! Apa nak jadik nie....
Nasib baik Nanny, Miss Elaine dan Miss Jiejie ada. Kalo Kin berjaga sampai kul 5pagi, kul 6pagi dah nak bangun..... Maunya jadik ZOMBIE mummy kat office!!!!
Korang ada idea nak bagi dia tido cepat tak. Kalo setakat padam lampu, senyap sunyi dah tak jalan dah!!!!
p/s: Aries'sya oh Aries'sya
Posted by mummysya at 3:01 PM 5 comments
Char Kueh Teow
MrHazizul suruh Kin google char kueh teow sedap kat KL. Mengidam kot.
Google punya google, jumpalah Char Kuey Teow 'Special' Taman Bunga Raya Setapak. Tq Gua.com
Apalagi we olls pun zass terus kesana.
Dari jauh dah nampak, berduyun umat tengah beratur tunggu char kueh teow tengah goreng. Cariks tempat duduk, booked dulu then terus beratur. Selain dari Char Kueh Teow, ada juga nasi lemak berlauk.
Yang hebat, walaupun kedai makan nya tepi jalan, tapi semua pekerjanya memakai uniform yang sama tertulis nama kedai berwarna merah. Hebat!!!
MrHazizul que untuk Char Kueh Teow Special, RM6. Udang banyak dan besar-besar. Rasanya, biasa-biasa sahaja.... Nak kata sedap pun tak, nak kata tak sedap pun tidak. Tapi agak manis lah....
Ermmmm. Tu tekak kin jer kot, yang lain kin tak pasti lah kan..... Nasi lemak pun okay lah, cuma sambal nya pun manis jugak... Alahai... Kin kalo bab-bab makanan manis-manis nie gagal sikitlah.... Hehehehe!!!
Kalo nak cuba dan nak lepaskan gian mengidam tu kira okaylah.....
p/s: cubalah....
Posted by mummysya at 2:00 PM 2 comments
Steven's TeaGarden
Korang suka keluar supper tak???
Knowing yang family Kin nie memang suka keluar supper. So kenalah selalu cariks tempat baru. Hari tu masa hantar MrKuda balik, Kin nampak Kafe Steven's TeaGarden, kat Ampang.
Tempat nie agak jauh jugak tapi sangat senang nak carik. Kalo nak kesini, korang kena locate Taman Rimba Ampang. Kafe nie tepi jalan, tapi Kin suggest kan korang pergi waktu malam. Sejuk dan nyaman.... Cubalah...
Mama, Miss Jiejie, Miss Elaine dan Aries'sya...Teh tarik pun hebat.... Kat sini pun boleh surf internet, ada wi-fi. Boleh update blog kalo rajin.. Hehehehe!!!
Oh ye, kalo bill korang more than RM50, secara automatiknya korang entitiled discount 25%, hebat kan!!!!
p/s:ada ubi ada batas
Posted by mummysya at 11:02 AM 4 comments
Quality Time
Semalam petang Aries'sya call Kin.
"Mummy, kakak nak main bicycle kat Playground boleh. Mummy baliklah cepat" !!!!
Sharp 5.30pm Kin zass balik rumah. Before tat dah siap-siap sms MrHazizul awal-awal suruh keluar office sharp coz nak bawak Aries'sya keluar.
Sampai rumah, tengok MrHazizul dah sampai dulu..... Aries'sya pown dah siap nak ke Playground. Kami ke Taman Rekreasi @ PGRM....
Oh ye, dah beberapa hari Aries'sya pegi kesini dengan MrHazizul sajer coz Kin balik lewat, kali nie Aries'sya siap sound Kin
Muahahaha!!!! Sedey okay..... Mana boleh tahan dengar anak cakap macam tu, sangat mendalam hirisan nya.....
Macamana ya, ada ibu yang bekerja, lepas keje ambil anak, bawak anak pi playground, balik mandikan anak, masak bagi suami dan anak makan.
Beratkan tugas seorang ibu nie... Mana nak kejar ambil anak kat sekolah lagi, masak, basuh baju.... pendek kata macam-macamlah.... Agaknya Kin mampu tak buat semua itu....
Insyallah, tak mustahil kan. Kalo dah pindah esok, bila dah tak tinggal dengan Mama Papa, kena tanggung semuanya sendiri. Kalo mak ayah kita boleh buat, takkan Kita tak boleh kot.......
Tepuk dada tanya selera.
p/s: Yakin boleh beb!!!
Posted by mummysya at 9:00 AM 5 comments
Sembonia

Tak pernah beli brand nie before...
Hari tu ke KLCC, ternampak satu design tu. Chantek, taklah mahal sangat and not bad design nya!!! Tapi Nine West sangat tak chantek lately nie.... Naper meh???
Hermmm... Sekali sekala tukar selera pun okay gak kan.....
p/s: minggu depan sampai lagi
Posted by mummysya at 12:27 AM 4 comments
Wednesday, June 17, 2009
Swimming Class
Ermm... Baru Kin perasan yang kin takde entry masa lawatan ke Cruise Putrajaya..... Hehehe!!! Kelupaan betul kan....
Sebenarnya Kin nak minta tolong sesiapa yang ada info pasal swimming class untuk umur 3 tahun keatas.
Kin dah cariks, tapi semuanya jauh. Kalo boleh Kin nak area Cheras atau Kuala Lumpur... Class kalo boleh setiap Sabtu dan Ahad....
Kalo ada boleh drop email di syikin66@yahoo.com
Terima kasih.....
p/s: taekwando dah ada
Posted by mummysya at 3:01 PM 6 comments
Carrot Walnut Cake
Korang suka carrot walnut cake tak.....
Kalo suka, korang mesti cuba Carrot Cake Walnut from Suanson nie.
Memang sedap, memang tak rugi kalo cuba.
Kalo tak silap kin, harga untuk 1kg ialah RM48 plus RM6 delivery charges ke BNM... Total RM54 sajer....
Cuba lah, anda pasti suka.... Ceh!! macam iklan plak.... Hehehehe!!!
p/s: setiap 2bulan
Posted by mummysya at 2:00 PM 5 comments
Takde Keje
Muahahaha..... Takde keje cariks keje....
Kin sajer jer nak test MrHazizul masih kuat lagi tak..... Hehehehe!!!
Kuat aper??? Kuat tampung keberatan kami dua beranak.
Yeayyyyy!!! Ternyata anda masih kuat!!!!
Muahahahaha!!!!
p/s: memang takde keje
Posted by mummysya at 11:02 AM 16 comments
Aries'sya Bijak ke Mummy Pandai
Aries'sya nie bukannya rajin sebenarnya. Dia nie sebenarnya suka main air. Mandi satu hari 10kali pun takpe....
Pantang nampak orang masuk mandi, dia terus bukak jer baju katanya nak mandi juga.....
Aries'sya plak tak suka mandi air panas, dia suka sejuk-sejuk. Lagi sejuk lagi lama dia berendam... Hehehehehe!!!
Seksi plak tuh.... Tak pakai panties pown, pakai pampers terus sarung baju jer..... Hehehe!!!
Masa nie dia baru bangun, nampak atuk cuci kereta terus berdesup bangun, katanya nak tolong atuk..
Ceh!!! Pandai Kakak berlakon kan....
p/s:hadiah lagi
Posted by mummysya at 10:00 AM 4 comments
Tuesday, June 16, 2009
Dulu Lain Sekarang ????
Nie bukan WANTED tau.... hehehehehe!!!!
Wowww!!!!!! Korang kenal saper nie.....
Haruslah kan..... Nielah rupa Kin masa hari pertama report duty ke BNM. Lebih kurang 6tahun yang lepas.....
Beza tak dengan sekarang.... Kawan kin kata, masa nie macam budak sekolah.
Haaaa!!! Jangan cakap Kin perasan plak, bukan kin yang cakap tau.... Kalo tak caya tanya Kak Ayu B..
Tapi masa nie nampak macam comot sangat kan...... Muahahahaha!!!
p/s: comot pun ada orang suka tau......
Posted by mummysya at 7:11 PM 6 comments
Last Minute Dating
Hehehehe!!! Aci tak letak tajuk last minute dating...... dah memang pown. Sangat last minute tau!!!
Mana tak last minute, we olls berdua kuar kul 11pm. Perut sangat lapar.....
Sebenarnya kami ada benda nak dibincangkan sambil berdating.
Tapi takdelah bincang nak bercuti ke Aussie. Akak tahu semua suka tajuk tu kan.
Ermmmm!!!! Bukan ker????
Lupakan jelah. Dah memang dunia nie penuh dengan dugaan. Kalo kita senang orang dengki, kalo kita susah, berdesup-desup nak duk jadik CNN.
Dunia-dunia......
Ok,ok!!! MrHazizul dengan Kin dinner yang sangatttttttt lambat. Kami amat kepenatan dek urusan sana sini.
Cantonese Kueh teow, Tomyam seafood dan macam biasa, MrHazizul dengan tekak western nya, Black Pepper Steak. Total RM87. Portion sangatlah banyak.....
Habis makan dalam kul 1.30pagi. Bila dah lapar, mata pun ikut beratlah kan.....
Kami berdua plan nak bercuti. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Taklah keluar negara, dalam Malaysia jer kot. Janji dapat relax kan minda.
Aries'sya???? Dia akan tinggal dengan Nanny selama 3hari ajer..... Boleh Kakak???
p/s: Kalo Aussie, i buat sticky mode tau
Posted by mummysya at 4:15 PM 7 comments
RM300 bertukar RM3,100
Ya... Ya, tajuk tu betul.... Bukan tipu tapi kisah benar.
Well, ekceli Ahad petang Kin duk cakap dgn MrHazizul nak ajak pi kedai accessori. Nak carik satu dua barang. Ingat nak cari stereng lock yang okay sikit dan carpet kereta.
Sampai sana MrHazizul suruh Kin pasang DVD player dlm kereta untuk Aries'sya. Mula-mula Kin okay jer, tetiba bila fikir balik sangat membazir. kete tu untuk kegunaan kin bekerja dan menguruskan hal-hal sendirian berhad.
Most of the time, Kin akan guna our family car. So Kin cancel, takmoh membazir.....
Tetiba MrHazizul sudah berkenan dengan Monitor with DVD Receiver, jenama Kenwood. Harganya RM1980. MrHazizul tanya samada boleh ker kalo dia pasang dalam ketenya.
Haruslah Kin jawab okay kan, lgpun bukan duit Kin kenapa perlu menyibuk. Diamkan ajer.
Lepas tu cina kedai tu sudah kasi panas suruh tukar speaker....
Walawei!!!!! Dia siap calculate kasi package semua sekali RM3,100. Kin hanya mampu berdiam sementara MrHazizul sedang bersemangat dengan receiver dan sound system baru....
Akhirnya apa yang kin beli diberi secara percuma... Muahahaha!!! Pandai ko kan, barang kin cuma RM50 jer, siap tulis FOC dalam resit.....
Kin pasrah jer lah, lagipun Kin bukan pengemar benda nie semua, cukup dan bersyukurlah dengan apa yang ada...
Konsep sedar diri sebenarnya...Hehehehehe!!!
oh ye!!! sejak ada DVD receiver dan sound system baru nie, MrHazizul dan Aries'sya lebih suka duduk didalam kereta berbanding didalam rumah....
Mau dihantar bantal dan tilam kah?????
p/s: hehehehe!!! suka ko kan!!!
Posted by mummysya at 3:01 PM 5 comments
Singgah Sebentar
Hehehehe!!! korang kenal tak bebudak dalam pics ini selain Aries'sya tu.... Saper tahu angkat kaki!!!!
Muahahaha.... Korang mesti tahu kan, walaupon setahun sekali entry nya, beliau tetap HOT!!!
HOT lah.... naper tak cayer????
Blog beliau masih hidup lagi cuma, beliau sangat mementingkan kualiti time bersama keluarga. 
Kin tak bisa bercerita panjang demi menghormati permintaan tuan punya rumah baru.
Kin sepatutnya datang awal, tp banyak pula hal nak diuruskan. Sekadar singgah dan menjealouskan diri sendiri...... Ya, aku jealous!!!!!
Biarlah tuan punya rumah sendiri yang bercerita, bukankah molek bergitu kan!!!!
Anyway, semoga segalanya berjalan dengan lancar dan jangan lupa janjimanis ko ya. Teringin haku nak rasa beb!!!
Apa-apa pun Selamat Berpindah Ke Teratak Baru Mommy Ros......
p/s: aku dah mengidam nie....
Posted by mummysya at 12:00 PM 0 comments
Warung Dusun vs Sup Gear Box
Jumaat malam MrHazizul ajak pi dinner. Ekceli Kin mmg dah lama giler mengidamkan ikan bakar.
Hari tu masa pi Bangi, kami terjumpa dengan Warung Dusun nie. So, MrHazizul ajak dinner kesini.
Sebelum tu kami ambil MrKuda. Ermmm... Nama MrKuda tu Aries'sya yang create. Kami pergi dua kereta and of coz Kerete baru ikut sama. hehehehe!!! Kin nak test power jalan jauh sikit....
Aries'sya sekarang sangat susah nak ambil pics. Macam-macam rupa dia create, sangat notty tau. Esp dia suka kuarkan lidah, ceh!!! not good okay kakak!!!
Kami posing-posing dalam kete sementara menunggu MrKuda yang tak sepantas kuda sampai.
Makan agak lewat, dalam kul 10.30pm.
Makanan kat situ okaylah, not so bad. Tapi kami tak berkesempatan merasa Sup Gear Box yang diwar-warkan sedap itu..Katanya dah habis.... :(
Ikan bakar sangat kureng, Kin ingat ikan bakar dengan daun pisang berkuah cicahkan dengan air asam dan kicap. Rupanya bukan, ikan tu dibakar dan sirami kuah lada....Ermmmm!!!! oklah tapi tak mencapai piawaian tekak kami....
Makanan kat sana giler murah..... Sangat murah....
Muahahaha... Kin happy sangat, esp free kan..... Takyah fikir nak bayar bulan-bulan, bayar duit minyak ajor!!!!
U, nanti isikan minyak kete i every sunday ya.....Full tank pleaseeeee!!!! hehehehe!!!!
Ermmmm...walaupon 1000c, Kin tetap berbangga. Terima kasih sekali lagi sayang...
Oh ye, dari Bangi we olls singgah minum kat KL... Senak giler perut...... Balik jer terus terbongkang kekenyangan...
p/s: kenyang giler...
Posted by mummysya at 10:00 AM 6 comments
Monday, June 15, 2009
Rezeki Pagi Jumaat
Rezeki pagi Jumaat.....

Jumaat, Kin ada urusan mengenai Kereta.
Keluar office seawal mungkin dan selesaikan segala urusan. Buat sendiri baru puas hati.
Selesai dalam kul 2.30pm, singgah rumah ambil Aries'sya dan terus bawaknya ke Office. Aries'sya memang suka lepak kat office kin nie sebab dia suka makan.
Masa sampai, Kak Ayu B siap bagi biskut. Aries'sya request air teh coz dia nak cicah dengan biskut...
Muahahaha... pandai Kakak, katanya Nanny ajar.... Bijak-bijak.
Masa otw balik rumah, dia duduk diam jer dalam kete. Aries'sya nie memang pandai memujuk. Kin suruh dia duduk diam memandangkan Kin drive manual bukan auto. Kalo auto tekan ajer kan.
Masa dalam kete, dia siap cakap "Kakak suka kete mummy nie, Kete mummy HEBAT!!! Muahahaha.... Pandai kakak ambil hati mummy ya.....
p/s: happy dengannya
Posted by mummysya at 8:08 PM 8 comments
Boring
Bz... sangat bz...
tetiba bz sebenarnya....
Adus!!!! Boringnya isnin.....
Posted by mummysya at 10:18 AM 4 comments
Sunday, June 14, 2009
Penat dan Happy
Penat....Sangat penat....
Tapi sangat rindu sama blog....
Nak update laju-laju, nak kongsi cerita dan rasa...Muahahaha
Nak siapkan entry untuk esok tapi masih lagi di Setapak, KL.
Mau pulang cepat........
Nak baca blog u olls, banyak dah missed nie.
p/s: 300 bertukar 3000
Posted by mummysya at 9:35 PM 0 comments
Friday, June 12, 2009
Viva Sapphire Blue

Yes!!! Yes... tats our new car... And belong to Mummysya..... Viva Sapphire Blue. Click sini.
Hehehe!!! dah lama kin peram, bila betul-betul dah masak baru entry nie keluar...
Malu ai tau... Tapi Kin sangat berbangga coz ianya hadiah dari MrHazizul....
TQ darling.....
Ekceli Kin memang simpan hasrat nak beli kereta, untuk kegunaan sendiri. Naza tu Kin okay, cuma keutamaan haruslah diberi pada tuan punya kan.
satu hari MrHazizul cakap dengan kin samada Kin nak beli kereta tak. Memang Kin nak, Kin berkenaan MyVi... Cuma masanya belum sesuai...
Satu malam MrHazizul tanya.
MrHazizul :Kalo u pakai Viva, suka tak...
Mummysya : tentulah suka, lebih-lebih kalo free, takmoh hutang coz next year nanti i dah kena bayar rumah.
MrHazizul : kalo gitu Viva jer lah boleh, tak mahal sangat....
Mummysya : okay... Apa-apapun okay janji free!!! Muahahaha....
Itu jer ceritanya. So we set date, place terus terjah kedai Perodua. Atas pilihan bersama, Kin pilih color nie, nampak garang dari jauh... Muahahaha...
Alhamdulillah, akhirnya Kin punya kereta sendiri.
Syukurr!!!
Posted by mummysya at 4:04 PM 15 comments
Syukur.....
Alhamdulillah..... kes pening hari tu telah selesai dengan jayanya.....
Pertama
Era, tekaan ko mmg tepat tapi rezeki belum datang.... Kin pasrah, maybe minggu tu mmg hectic sangat, tu sebab lambat menyerang.....
hehehehe!!! Anyway, doa-doa kan ya, mana tahu dalam masa terdekat nie...
kedua
Urusan itu adalah urusan penjualan rumah kami di Kajang. Alhamdulliah, semuanya telah selesai awal May haritu. Rumah sudah bertukar hakmilik.
Lepas nie Kin akan menjadi warga Sungai Buloh.... Muahahaha!!!
Ada sesiapa yang duduk sana, boleh calling-calling nanti, mana tahu nak buat party tupperware ke, pinggan mangkuk ke.
The reason why Kin beli kat sana adalah, Kin tak mampu nak berumah disekitar KL dengan harga mencecah RM300K..... Sereyes tak mampu!!!
Ermmm... ada jugak yang tanya, apasal ko beli rumah jauh-jauh??? Tepuk dada tanya selera, dah selera kat sana, nak buek camno kan.
Lagipun kat sana dekat dengan kampung MrHazizul dan yang paling penting kami puashati... Alhamdulillah...
Ketiga
Ann, ko dah tahu kan... Muahahaha...
Yer, Alhamdulillah, kini ianya dah jadi hakmilik Kin.... Kin berbangga, walaupun kecil tapi ia telah menyenangkan perjalanan Kin kelak.
Insyallah, kalo ada takde halangan petang nanti Kin citer pasal nie kes ketiga nie ya....
Mama Kin selalu cakap " Niat yang baik, pasti dikabulkan oleh ALLAH SWT"...
Insyallah...
Posted by mummysya at 10:50 AM 15 comments
Thursday, June 11, 2009
Binatang Betul !!!!!!!!!!!!!!!
Korang baca tak Harian Metro hari nie.
Yang paling menyayat hati ialah kisah Azab Mangsa Culik
Sedey giler kan, nafsu binatang betul.....
Zaman sekarang takde yang mustahil.
Mereka sanggup buat apa sajer demi kepuasan masing-masing.
Prihatan, tanggungjawab dan simpati dah takde nilainya...
p/s: berdoa untuk kebaikkan bersama
Posted by mummysya at 3:44 PM 10 comments
Barbie Perfume
Masa makan Nandos, minah nie sibuk ingatkan singgah beli perfume barbie.
Yang pelik, dia ingat plak kat celah bedah mana letaknya perfume nie....
Fuyooo...Wangilah anak mummy... Masa nak tido malam tadi Aries'sya tanya daddy nya.
muahahahaha....
p/s: nasib baik sorang...
Posted by mummysya at 2:00 PM 15 comments
Dari Bangi Ke Nandos
Dari Bangi Kin call mama ajak makan since we olls belum lunch . Miss Jiejie dan Miss Elaine duduk rumah, katanya takmoh ikut.
So ambil mama jer lah.
Kin makan di Nandos lah, mana lagi kan... Mama Kin pun macam kin juga, memang fav betul dengan Nandos nie....
Kakak nak apa, mummy upah kakak....
Kakak nak perfume barbie lah Mummy, hari tu kakak tengok ada kat situ.....
p/s: alhamdulillah
Posted by mummysya at 10:17 AM 6 comments
Jalan Terbaik
Semalam Kin halfday petang. Sharp jam 1pm, MrHazizul dtg terus balik rumah ambil Aries'sya. Sampai rumah, Aries'sya masih tido, kejut dan siapkan dia sepantas mungkin.
Kul 1.45pm terus bertolak ke Bangi. Muka toyo jer.... Bangun paksa memang macamnie.... Katanya nak ikutkan, haruslah kena pantas coz Kin dan MrHazizul sepatutnya sampai ke destinasi yang ditujui sharp 2.30pm.
Oh ye, kisah ini rentetan dari entry nie...
Masa otw, call Kak Ayu B nak confirmedkan ada tak secret Receipe kat Bangi. Katanya kat seksyen 8, nasib baik senang cariks.
So belilah sedikit buah tangan untuknya.
Semuanya Kin serahkan bulat-bulat pada mereka. Biarpun berpuluh tahun, Kin akan tetap sabar menanti. Alang-alang dah berperang, biar habis-habisan kan. Katanya jangan omong kosong, pastikan.....
Cuma kin bermohon agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
Insyallah.
Posted by mummysya at 9:00 AM 4 comments
Wednesday, June 10, 2009
Durian Yang Bertenaga
Sekarang kan musim durian. sana sini duk nampak orang jual durian.....
Satu malam masa Kin lepak kedai mamak kat Pandah Jaya, Aries'sya terpandang kedai menjual durian...
Memang banyaklah kat area sana...
Apalagi, mulut dia yang pot pet pun mula...
Aries'sya : Daddy, kakak teringin nak makan durian....
Daddy : Durian, takmohlah kak......
Aries'sya : Ala, kakak nak lah daddy.....
Daddy : Takyah lah kak. Esok-esok lah kita beli.... Lagipun dah malam lah kak!!!
Aries'sya : Kalo kakak makan durian, kakak banyak TENAGA.....
Muahahaha!!!! Alahai Aries'sya, saper yang ajar makan durian dapat banyak tenaga nie....
Nanny kah????
p/s: berserah dan bersyukur
Posted by mummysya at 12:07 PM 14 comments
Jatuh Longkang
Semalam, lebih kurang pukul 8mlm, Kin tengah sibuk menyibuk duk basuh tudung, sambil dibantu oleh MrHazizul...
Selepas sejam, kin pun terus sambung buat keje lain. Malam tadi mmg banyak nar keje nak dibuat. Sekali Kin terdengar MrHazizul menjerit. Rupanya, kaki nya termasuk dalam longkang... Ini Sereyes!!!!!!
Hehehehe!!! U, jangan marah tau.....
Masa nie dah 30mins selepas kejadian. Yang putih tu, kulit dia yang tersagat.
Puncanya, bukan MrHazizul tak nampak longkang tu, longkang tu memang dah bertutup dengan batu sejak Kin pindah lagi. Batu tu agak retak dan mungkin selama ini batu tu mampu menampung keberatan kami semua kecuali MrHazizul..... hehehehe!!!
Taklah, Kin tipu jer. Batu tu sebenarnya tak berada dikedudukan yang betul coz masa Kin duk berjalan bunyinya agak dah lain. Macam dah senget benget.
So semalam, MrHazizul lah orang yang paling bertuah menerima ujian ini. takpe-takpe, selalunya yang bertuah itu, rezekinya panjang.....percayalah
Kin macam biasa, bukan org yang sesuai untuk melihat sebarang kejadian yang mengerikan. selepas setengah jam baru Kin duduk dekat.
Masa nie dia tengah sibuk bercakap dengan mak nya. Kin rasa, instinct ibunya kuat kerana semasa beliau jatuh, dia ada menyebut "mak".....
hehehehe!!! Memang pun u anak kesayangan kan!!!!
Luka dah kering sikit. Sebelum tido Kin dah bagi dia ubat tahan sakit supaya dia boleh tido dengan lena malam nanti...
U, terima kasih tolong i basuh tudung semalam tau..... Semoga u cepat sembuh ya...
Ermmm, nak buat plastic surgery ker lepas nie..... larikkkkk!!!
p/s: SARA
Posted by mummysya at 9:16 AM 7 comments
Tuesday, June 9, 2009
CintaWanie & Bloggers
Kin malas nak taip panjang-panjang, sila layan pics ya jer.....
Nielah si besday Gurl, CintaWanie...Masa nie peluk cium bagai coz nak balik dah... Maklumlah bz sangat sampai lupa nak snap pics masa sampai kan...
sentap akak tau....
Ayu and DianakayAyu yang gigih balik KL malam tu jugak. Diana of coz with Bojeng... Cik abangnya duk bz snap sana sini.... Hubby akak pown sama, duk leka snap sana sini, sampai kena cariks...hehehe!!
Kak dah jumpa thumbdrive belum??
Wawa dan LindaDua orang anak dara yang cute. Wawa suara superbbb!! Linda yang sentiasa senyum.. seronok jumpa kamu berdua....
Kak TyKak Ty, kin mintak maaf. Kin nie mmg jenis susah nak cam muka orang. Anyway, thanks sebab sudi berborak panjang ya. Kak, jangan lupa 28th June nie!!!!
Kak, cakap dengan Kak Long, Kin dah dapat sms tau!!!!

Masviona dan lil Princess nya, DamiaOrang baru balik honeymoon dari China. Mas, tq for the FM, chantek. nanti bg detail pasal trip to China. Mas nie suaranya lembut jer. Sila update laju-laju tau...
Akak, maafkan Kin. Terkedu bila bila akak sebut nama akak.... lepas nie Kin kena buat revision lah pasal bloggers nie. Kena ingat nama dan rupa....
*******************************************************
Terima kasih buat semua bloggers yang sudi bergambor dengan Kin.
Besh betul bila dapat jumpa semua secara live telecast... Siaran langsung takde ulangan.. Muahahaha!!!!
Terima kasih juga buat tuan rumah Cintawanie dan Mama nya sebab sudi jemput Kin sekeluarga. Kenyang kami malam tu...
Poco-poco malam tu adalah besh!!!!
p/s:kenangan terindah
Posted by mummysya at 3:00 PM 13 comments
Happy Birthday CintaWanie
Nak bagi u olls tengok sikit-sikit dulu.....



Nak tengok Cik Wanie......
Tunggu.................
p/s: ku akui...
Posted by mummysya at 2:00 PM 5 comments
Cintawanie
Kin ke banglo CikWanie sebentar...
Menjengok persiapan besday gurl.
Sempatlah berborak dengan Linda dan Wawa.
Sambil tu duk tunggu MrHazizul snap sana sini....
Cikwanie macam biasalah, bz dengan final touch-up......
Lepas tu we olls singgah BNM Resort jap nak pi bawak Aries'sya swimming......
Suka benor dia swimming. Yang lain tak mandi pun, cuma duk memerhati dari jauh. Malas nak menyalin baju bagai coz nak kejar masa yang sangat limited.
Kin sempat singgah pekan PD pekena teh tarik.... Muahahahaha!!!
Dah masuk 3 bulan tak minum teh.....
p/s:6kg yang lalu.....
Posted by mummysya at 10:25 AM 9 comments
Extreme Park
Dari Eagle Ranch, kami ke Extreme Park....
Nak main go kart. Kat Eagle ranch pun ada go kart jugak, cuma laps dia pendek, kat sini panjang sikit.
RM20 untuk 8 laps.....
Posted by mummysya at 9:00 AM 4 comments
Monday, June 8, 2009
Eagle Ranch
kat sini ada banyak aktivi yg u olls boleh cuba.


Masa nie we olls semua lepak kat kandang kuda. Sangat sunyi dan harmoni...Masa nie takde orang lain pown, suasana sangat peace!!!!
Mama, Papa dan si Aries'sya yang notty...
Pasangan yang perasan ala Victoria Beckham
Abang Long, kak Long, Miss Jiejie & Miss ElaineOh ye, cadangnya kami nak main paintballs tapi ada masalah teknikal plak...
So disebabkan panas melampau, we olls lepak kat kandang kuda yang nyaman sambil pot pet. memasing tunggu giliran nak naik kuda.
Nyaman giler duk bertengek kat pangkin tepi kandang kuda nie...
p/s: japs
Posted by mummysya at 3:00 PM 2 comments
Kopitiam
Pagi tu, kami beakfast kat Kopitiam.....
Mama suruh makan berat sikit coz nak skip lunch.... Bukan diet, tapi nak budget time.....
Selera mak buyong...... Makan tak henggat dunia taw.... Macam selera dinasour..... Ada nampak Kin kat belakang tu...ehehehe!!!Lepas breakfast we olls terus ke Eagle Ranch & Extreme Park....
Memang besh giler.....
p/s:alhamdulillah
Posted by mummysya at 11:12 AM 4 comments
Sunday, June 7, 2009
Kejutan.... Betoiiiiiii
Serius.... Memang kejutan....
Kan kin dari KL petang tu. Masyallah jam giler vavi...... Sangat sengal, sampai we olls terpaksa berhenti kat RnR Seremban.. Makan dan lepak dulu, sampai PD kul 11.45pm.
Dalam hati, kenapa semua orang buat tak tahu jer. lagi 15mins nak masuk 6 June. Sampai Glory, mama suruh Kin dan MrHazizul pegi beli barang plak. Lagilah Kin hangin, dah masuk kul 12, tapi takde siapa yang wish...
Muahahaha!!! Akak sedey woooo!!! Nak naik lift tu, Kin sempat cakap dengan MrHazizul, " U, nie dah masuk 6hb, sekarang kul 12.30pagi tapi sampai sekarang takde siapa yang nak wish besday kat i....
MrHazizul siap jawab "alah, takpelah. Lgpun diaorg penat kot, esok-esok jelah.."
Ceh!!! berlagak macam muka artis plak!!! Muka terkejut asli tau..... Jahat tau u olls nie, buat akak sedey jer tak pasal-pasal....
Hehehehe!!! TQ Darling.... I suka sangat, walaupon umur i dah 30thn, tapi masih rasa macam besday gurl zaman dulu-dulu....Walaupon Kin bukan pengemar barang kemas, tapi tetap suker gila bila dapat hadiah nie....
Thanks daddy. Mummy suka sangat. Kalo daddy tak bagi hadiah pun, mummy tak kisah asal ingat jer tarikh tu....
Terima kasih juga buat Papa, Mama, Aries'sya, Miss Elaine, Miss Jiejie, Abang Long & Kak Long coz sudi spend time dengan Kin.
Terima kasih juga coz buat kejutan yang betul-betul buat Kin terkejut...
Ingat dah lupa tau.....
Dan tak lupa juga buat Akye, MummyCool dan Lisa coz mereka orang yang 3 terawal wish besday....
Terima kasih juga buat semua yang wish sampai hari nie juga masih ada yang wish..... Kin hargai sangat.....
Semoga kita semua dipanjagkan umur dan dimurahkan rezeki selalu...... Insyallah.....
p/s: perlu kamu
Posted by mummysya at 9:43 PM 11 comments
Saturday, June 6, 2009
Happy Birthday Mummysya
Takpe2, apa-apa pun Kin bersyukur masih lagi disini dan masih lagi disayangi oleh family dan teman-teman semua, terutama kamu semua teman-teman blogger
Insyallah, Sampai jumpa lagi......
Posted by mummysya at 2:12 AM 16 comments
Friday, June 5, 2009
Glory Beach Resort

Sewaktu entry nie ditulis, kin maybe sudah otw pergi bercuti seketika... Kali nie pi PD jer.
bercuti dekat-dekat ajer, nak simpan cuti untuk next trip. kebetulan ada beberapa agenda kat sana.
Kin akan menetap dikondo MrHazizul di Glory. Nak book BNM resort, sure fully booked cuti sekolah nie kan....
Abang long dan kak long juga akan membontoti sama.... Hope semuanya berjalan dengan lancar ya....
p/s: aktiviti paintballs dan atv
Posted by mummysya at 6:00 PM 2 comments
Anonymous
Baca nie dulu ya... entry lepas.

Sukanya dema membedal coklat-coklat tu......
Habis licin dikebas. bagus!!! nak bawak balik, sungguh kurang molek. Lagipun i tak makan coklat, nampak sangat u tak kenal i kan.....
Keychain teddy bear tu, siap gantung terus orang tu kat bag dia... Muahahaha!!!!
Anyway, Mr SY aka Anonymous, Tq so much......
p/s: rezeki jangan ditolak, musuh gua tak mau!!!
Posted by mummysya at 12:04 PM 7 comments
Love Birds Lagik....
Masih lagi kisah burung....
Petang tu, sampai jer rumah si MeyMey sudah telepas dari sangkar. Senang betul si Mey Mey nie memboloskan diri. Dasar Mey Mey nie gediks!!!
MrHazizul kan mmg sudah pasang angan-angan, katanya lepas keje nak repeat lagi kedai nie.
So sebenarnya nak beli lagi 2 ekor, menjadikan semuanya 2 ekor bersamaan 2 pasangan. Dah terlepas satu betina, maka nya kena beli lagi 3 ekor... 2 betina 1 jantan....
Wah!!!! makin meriah ke-empat empat ekor dalam sangkar. Kali nie, atuk dah siap tambah extra dawai halus supaya tak senang bolos!!!! Gedik tau love birds betina nie.....
Elok-elok duduk diam dalam sangkar, nak pi enjoy sakan kat luar tu..... Ceh!!!
Tapi bila Kin tenung dan belek-belek, rasanya sagkar nie kecil lah. Macam tak puas nak terbang... Ermmmm!!! Kalo tukar sangkar besar sikit, nampak okay sikit.
Btw, sangkar lama nak buat apa plak, baru 3hari beli..... Ada sesiapa berminat tak???
Aries'sya plak nak suruh beli sangkar color pink!!! Nama pun gegurl kan.....!!! Hurmmm....
Tengoklah, nanti mummy bincang dengan daddy dulu ya sayang.......
p/s:love birds lagik
Posted by mummysya at 11:02 AM 2 comments
Thursday, June 4, 2009
Mr SY Bukan SIY.....
Nie citer semalam petang ya.....
Around 3.30pm, someone call Kin from florist shop. Katanya nak hantar bunga....
BUNGA!!!! tahulah besday Kin around the corner, tapi siapakah gerangan itu.....

MrHazizul??????
No...No..No......
Kin immediate call MrHazizul dan tanya, katanya bukan dia yang hantar. Siap cakap, apasal plak i nak hantar, besday u lambat lagi....
See, kan Kin dah cakap. Bunga, Ferrero Rocher, dan pillow berbentuk love.
Message tu sungguh kurang enak didengar. Kalo belum kahwin okay lagi lah kan. Nie i dah beranak okay....
Sungguh kurang sesuai.
Kepada Mr SY.
Saperlah awak nie ya. Kalo pun awak suka saya sekalipun, silalah hormat saya yang sudah berumahtangga.
Jika awak orang yang saya kenal, apa motif awak buat saya macamnie.
Dan jika awak bukan yang saya kenal, macamana awak boleh tahu saya dan apa yang sebenarnya yang awak mahu.
Dan untuk pengetahuan awak, terima kasih ucapan hari lahir buat saya dan saya nak inform awak yang segala macam yang awak hantar, dah saya sedekahkan kepada kengkawan di unit saya.
Meriah diaorg makan coklat tu..... Dan pesanan kawan saya, lainkali hantar coklat tu lebih sikit dari bunga coz bunga tak boleh dimakan....
Dan yang paling penting kalo awak rasa, dengan bunga dan ucapan itu bisa meruntuhkan rumahtangga saya yang setahun jagung ini, awak silap. Alhamdulillah, saya mempunyai suami dan family yang sangat memahami.
Kalo dah tertulis takdir dan jodoh saya berakhir ditengah jalan bersama suami saya, mungkin itu sudah kehendaknya.
Saya dan suami hanya mampu merancang da berusaha menjadi yang terbaik dan segala yang bakal berlaku baik mahupun buruk adalah dari diri kami sendiri....
p/s: 6th June.... sudah 30....walawei!!!
Posted by mummysya at 4:11 PM 16 comments
Lisa & Mummysya
Semalam Kin & family ada dating with Lisa.
Misi dimulakan dengan bisness talk.. Muahaha... Kin nie orang tengah jer, nak minta tolong Lisa.
Firstly jumpa kat downtown, masa tu Kin, MrHazizul & Aries'sya. Lisa, Mohsein dan yg paling besh ada budak tecik pinky nie, lil Tasya...... Tunggu mama sampai then bincang lagi....
Bincang plus borak, we olls sambung lagi kat KAYU. Sambung lagi borak sambil makan....

MrHazizul duk sibuk dukung Tasya. U rindu bau baby eh??? hehehehe!!!
Mama & Lisa duk borak, bukan main lagi si Lisa nie duk mengadap....
Macam-macam cerita, sudahnya end up kul 12.30am.... 
Memula mama balik dulu, we olls lepak lagi, sambung borak.
Oh ye, ada hadiah untuk besday gurl lah... thanks Lisa, on behalf. Chantek tak shawl yg kin pakai tu, tu dari butik Lisa.... kalo nak boleh terus terjah di sini.
Anyway, thanks ya Lisa coz sudi luangkan masa semalam. Later-later, kita discuss lagi ya.
p/s:dear, bandung jom!!!
Posted by mummysya at 1:34 PM 4 comments
Ming Ming & Mey Mey
Sejak dari entry nie dan nie Ming Ming nie tak henti-henti berbunyi.
Petang semalam, mama buka pintu sangkar dan Ming terus keluar. Sian dia, maybe dia nak cariks ibu nya.
So bila Ming Ming dah lepas, Aries'sya pun nangis lah... petang tu dia call Kin sambil menangis-nangis.
So dari office sepantas kilat Kin dan MrHazizul merempits nak kejarkan kedai tu coz tutup kul 7pm.
Sampai rumah, minah nie dah sipa dgn sangkar kosongnya....
Dapatlah sepasang burung Love Bird. Ming Ming & Mey Mey namanya.
Satu jantan, satu betina. Menurut anak tauke nie, burung nie suka Kiss Kiss... So kenalah beli sepasang.
Aries'sya pilih satu hijau satu biru. Sangat sweet dan comel.
Harga burung nie seekor RM40, 2 ekor dapatlah RM70. Ekceli, katanya burung nie taklah semahal nie, sejak ada virus H1N1 nie, susah nak bawak masuk spesis nie dlm Malaysia. Kena check satu persatu dan kosnya amat mahal.
Kalo dulu, boleh dapat dalam RM20 - RM25 seekor. Nowdays, susah nak bawak masuk dlm negara.
Ermm... Agak mahal jugaklah, tapi bila tengok gelagat burung-burung nie duk Kiss Kiss, I likeeee...
hehehehe!!!
Ok Aries'sya sudah puas hati sekarang......
Tapi sampi jer rumah, daddynya plak yg tak puas hati. katanya petang nie nak pegi repeat lagi coz dia nak color putih dan kuning plak....
Nampaknya ada harapan rumah quater kerajaan nie bertukar menjadi mini zoo.
Posted by mummysya at 9:31 AM 4 comments
Wednesday, June 3, 2009
Notes
Hari tu, ada sorang officemates Kin duk tanya kenapa Kin duk tampal notes nie kat partition Kin.
Ekceli notes tu Kin akan tampal kat depan PC kin setiap kali kin kuar dari office, atleast kalo sesiapa cariks kin, diaorg tahu mana nak terjah...
Tapi kalo tengah anaconda, mmg takkan jumpa punya...Hehehehe!!!
p/s: pasrah
Posted by mummysya at 12:20 PM 7 comments
Volley Ball
Volley Ball, Unit ICC.
Nie lah team Volley Ball unit Kin. Hebat u olls... Belum pernah kalah lagi.... Muahahaha!!!
Masa first games, we olls lawan punyalah senang. Macam sambil tido pun boleh lawan... Team lawan tu mmg kacang lah, tak berdebar langsung. Asyik-asyik we olls jer yg dapat mata. Ceh!! tak takut langsung...hehehehe!!!!
Second games, minggu yang berlainan we olls kalahkan lagi pasukan lawan. Kali nie, tak boleh makan kacang, team nie agak hebat jugak akan TETAPI pasukan ICC kami masih lagi juara dengan kemenangan 3-0. Hahahahaha!!!!
Tak dinafikan juga, kemenangan kami disebabkan oleh sokongan cheerleaders yang amat ganas!!! Pics yang terakhir tu, antara cheerleaders mengikut gred!!! Kak Ayu B, Ayu K dan Kak Hayanim.....
Kalo ada sesiapa yang berminat nak test try cuba kalahkan team kami, sila hubungi Kin dengan kadar segera.
Ada sesiapa berani.....
p/s: jangan ada yg kecik hati tau, Kin gurau jer....
Posted by mummysya at 11:12 AM 2 comments
Kinder Bueno
Nie semua Mak Su aka Miss Jiejie punya pasal. Dia yang duk promote kat Aries'sya pasal chocolate nie....
Semalam masa hantar Papa ke station Puduraya, Aries'sya sudah merengek mahukan Kinder Bueno nie.
Mula-mula we olls cariks kat 7E yang baru kat Jalan TAR. Cariks punya cariks, takdo. Kat 7E Pudu pun takde.
Pergi pulak 7E Sultan Ismail, baru jumpa tapi bapak punya mahal RM4 sepeket. Rasanya kat tempat lain baru RM3.50 sahaja.
Then masa MrHazizul balik keje petang semalam, dia singgah beli satu kotak, amik ko!!!! Kin syak MrHazizul tension sebab malam semalam kena round satu KL sampai kul 1.30pagi semata-mata nak cariks Kinder Bueno....
Hehehehe!!!
p/s: pe'el anak, belum repeat mengidam mummy...
Posted by mummysya at 9:00 AM 11 comments
Tuesday, June 2, 2009
Wazzupp!!!
Salam....
Kin adalah ber MC pada hari ini.
Ekceli Kin mengalami sakit belakang since dua minggu lepas. Sakit dari pinggang hingga ke tulang punggung... Ini serius!!!!
Kin tak boleh tido semalaman sampai kul 5pagi.
Pagi tadi langsung tak boleh nak gerak, luckily MrHazizul duk picit sikit-sikit. Asthma pun sukalah time sakit nie, bolehlah dia datang berpackage.
Kin duk cariks orang yang pandai urut, sakit nie dah makin teruk sampai takleh duduk lama-lama.
Kin takleh bergerak banyak, nak gerak pun sangat slow motion. Nie pun dari tadi duk baring, sampai boring.
Nasib baik petang semalam kin sempat buat entry auto publish. Kin ingat nak pi area Bandar Tun Razak, kat situ dulu ada orang pandai berurut.
U olls tahu tak kat mana boleh cariks orang berurut????
Posted by mummysya at 3:54 PM 6 comments
Dulu Kin, Kini Aries'sya
Mama kata setiap anak yang lahir tu membawa rezeki.
Aries'sya memanglah rezeki kami yang tidak terhingga nilainya. Sejak Aries'sya lahir, bisness MrHazizul semakin berkembang. Insyallah.
Alhamdulillah, apa yang kami hajati pasti akan tercapai, cuma lambat atau cepat sahaja.
Bukan sahaja rezeki Aries'sya, Mummy dan Daddy nya juga sering merasa tempiasnya...
Kalo nak ikutkan zaman Kin dahulu, sungguh berbeza berbanding waktu Aries'sya sekarang. Tapi Kin bersyukur, walaupun kin bukan dari keluarga yang serba mewah, Papa dan Mama mampu membesarkan kami adik beradik sehingga kami selesa seperti sekarang.
Teringat zaman Kin dan adik beradik kecil dahulu, mama kata gaji papa hanya RM180. Menyewa lagi, nak belanja dapur dan bayar bil sebagainya.
Berkat kesabaran papa bekerja sebagai pemandu di jabatan Kerajaan, kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun tidak mewah wang ringgit.
Masa tu, mama ambil upah buat kueh sebagainya. Walaupun kami dibesarkan dengan serba sederhana, Papa dan mama tetap utamakan keperluan kami. Kin masih ingat, tiap kali persembahan TATU di stadium merdeka, kami adik beradik tidak pernah ketinggalan untuk menonton bersama.
Masa tu papa hanya memiliki sebiji motor jipang. Papa terpaksa menghantar mama dahulu dan di-ikuti kami 3 beradik termasuk arwah. Masa tu Miss Jiejie belum keluar lagi. Walaupun tidak punya kereta, papa tetap membawa kami tiga beradik walaupun terpaksa berulang alik.
Bila kenang kembali saat itu, terasa sungguh syahdu. Papa tak pernah pukul kami, walaupun kami salah. Papa lebih selesa menegur dan menasihatkan berbanding Mama yang sungguh garang... Muahahaha!!!
Percayalah, Mama Kin sangat garang. Mama jenis yang tidak muakan perangai anak-anaknya. Papa pula seorang yang sangat sabar dan penyayang.
Tapi semua itu sememangnya sudah bertukar kini. Papa adalah sangat menakutkan dan mama sangat sabar dan tenang. Itulah sebabnya kami lebih selesa bercerita dengan mama kalo ada masalah apa sekali pun termasuk masalah cinta.... Papa adalah banker kami masa tu...hehehe!!
Oh ye, Mama dan Kin pernah bercinta dengan lelaki yang mempunyai nama yang sama. Mama ingatkan nama tu!!! Hehehehe!!!
Kami adik beradik tak pernah berpisah dan papa tidak suka kami kemana-mana tanpanya. Makan atau tidak, Papa lebih suka kami bersama.
Tulah sebabnya Kin nie mudah nangis dulu. Teringat waktu induction bank negara. Kin sangat sedih coz sejak lahir itulah first time Kin berjauhan dengan family. Sungguh mengadakan kan, umur dah 25tahun, tapi masih nangis-nangis...
Kin tak peduliklah orang nak kata apa pun, coz kin mmg bukan jenis yang berjauhan dengan family. Bak kata jiran-jiran kin, kitaorang satu family macam belangkas, kalo kuar sorang semua kuar sekali.... hehehehe!!!
Tapi yang buat Kin bangga sangat, didikan dan kasih sayang mama papa buat kami akrab walaupun sudah berkahwin.
Kami masih suka keluar dan makan bersama. Sampaikan MrHazizul pun dah terikut sama. Tiap kali makan, mesti ajak semua sekali, katanya kalo kami berdua jer tak besh, ramai-ramai happening sikit.
Alahamdulillah, sampai kehari ini kami masih lagi bersama. Apa-apapun masalah, kami hadapi bersama dan sepakat.
Kalo boleh, Kin nak didik anak-anak Kin macamana Papa dan Mama didik kami adik beradik. Kasih sayang perlu diutamakan. Wang ringgit tidak dapat membeli kasih sayang itu.
Ish!!! apasal tetiba plak terpanjang entry nie.
Sebenarnya Kin nak cerita pasal nie. Pasal Bling-Bling..... hehehehe!!!

Nie hadiah besday yang tertunggak. Benda nie bukan boleh beli tiap-tiap tahun, beli bila mampu sajer.
Kalo ikutkan Kin nie bukan pencinta atau pengumpul barang kemas nie... Sangatlah bukan Kin, ada takde set batal air sembahayang masa kahwin dulu adalah. Untuk menambah koleksi, adalah sangat jauh keinginan itu...
Kin dan MrHazizul belikan Aries'sya nie pun sebab dia gegurl kan. Nampak sweet sikit!!!!
Oh ye, harga emas adalah terlampau mahal meng-gila. Mahal sehingga boleh bergaduh dibuatnya.
Orang kata, emas nie pelaburan yang bagus!!! Betul ke???
Posted by mummysya at 12:17 PM 11 comments
Ming Ming
Sejak Atuk menyelamatkan burung nie, asyik lah tak henti berbunyi...
Kin syak, Ming Ming nie seperti ingin menyampaikan sesuatu. Balik keje mama bgth yg mama ternampak seakan ibu Ming Ming nie berkeliaran sekitar rumah kami...
Kami sepakat ingin melepaskan Ming Ming mungkin kerana dia rindukan ibunya.
So petang semalam, MrHazizul duk bagi Ming Ming makan cacing. Ingat nak lepaskan tapi hujan lebat pulak. Tapi sebelum kami lepaskan, haruslah belikan burung yang lain buat Aries'sya coz pasti dia akan sedih kerana Ming Ming nya tiada nanti...
Kin plan nak belikan Aries'sya burung yang lain, yang sememangnya sudah ada dibela disangkar.
Harap bila kami lepaskan nanti, Ming Ming dpt berjumpa kembali dgn ibunya....
p/s:kasih ibu
Posted by mummysya at 10:34 AM 0 comments
Buat Amirul
Salam...
U olls ingat entry nie lagi tak...
Sepatutnya Kin dan family plan nak bertolak lepas keje semalam, tetapi kami ada beberapa hal yang perlu disettlekan di Kuala Lumpur.
Jadinya Papa sahaja menyusul dahulu ke JB, malam tadi menaiki bas @ 12.30am.
Oh ye, mengenai Amirul sukar Kin nak nyatakan disini kerana kami masih belum mendapat khabar yang betul mengenai keadaannya.
Tunggu papa sampai dahulu, barulah kami dapat kepastian mengenainya....
Apa-apapun yang terjadi, Kin berharap agar ahli keluarga kami di JB senantiasa menghadapinya dengan sabar dan tabah.
Sebagai hambanya, kita hanya mampu berusaha dan sentiasa berdoa semoga segala yang terbaik untuk Amirul.
Amirul, Kak Long Syasya harap Amirul dapat msg nie dari Ayahngah, kuatkan hati, tabah dan berdoa dan memohon kekuatan dari ALLAH SWT agar Amirul dapat meghadapinya dengan sebaik mungkin.
Buat family Paksu dan Maksu, Kin doakan agar tenang dan tabah dalam menempuh ujian dari ALLAH SWT.
Begitu juga buat semua family di JB, Kin berharap agar semuanya senantiasa dilindungi dan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT.
Kami disni senantiasa mendoakan agar Amirul pasti akan pulih seperti sediakala.
Kin juga memohon agar kamu semua dapat mendoakan kesihatan Amirul supaya pulih dan dapat berjalan seperti sediakala.....
Insyallah.....
p/s: berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya
Posted by mummysya at 1:06 AM 3 comments
Monday, June 1, 2009
Rezeki Aries'sya
Selain dari pecinta haiwan, Aries'sya juga pecinta toys...
Muahahaha!!! Sebenarnya Aries'sya nak cariks doh, untuk Play Doh nya yang sudah kehabisan..
Malangnya JJ Maluri nie takde plak. Apa lagi, masa nie lah Aries'sya ambil kesempatan carik mainan lain, siap letak dalam stroller lagi....
Hehehehe!!!!
Then dari JJ Maluri, we olls tapau Domino's Pizza.
Kebetulan Abang Long dan Kak Long Kin ada. MrHazizul pun kelaparan setelah penat shooting seharian di Bukit Bintang...
Hasilnya nanti Kin tunjuk ya...
Oh ye, Kin dan MrHazizul ada beli sesuatu untuk anak dara kami.
Walaupun Kin bukan seorang pecinta E*, Kin tetap belikan untuk Aries'sya. Nampak chomel sikit....
Bling-Bling....
Insyallah, nanti Kin tunjuk ya......
p/s: rezekinya
Posted by mummysya at 2:00 PM 3 comments
Pencinta Haiwan
Aries'sya nie seorang pencinta haiwan.... Erkkk!!! Haiwan dan binatang sama jer kan....
Nampaknya bab-bab macam nie, memang mengikut 100% gen Daddynya...
Kin bukanlah bukan seorang pencinta haiwan cuma bab-bab gini geli dan takut nak pegang...
Kali nie burung pula...
Ekceli satu petang, atuknya ada tangkap se-ekor burung yang duk berkeliaran di ruangan porch kami. Kebetulan burung nie sangat chantek dan senang tangkap. Atuknya terus simpan dalam bakul.
Malam tu, Aries'sya tak habis-habis duk mengadap burung nie. Seronok betul dia, kebetulan burung pun sebahagia dari ahli keluarga Wonder Pets....Hehehehe!!!
So, Kin pun ajaklah MrHazizul duk carik sangkar dan makananya...
Wah!!!! Bukan main seronok Aries'sya, dari tido terus terjaga.... Aries'sya pulak mmg bukan kategori penakut macam mummy nya.
So sekarang Aries'sya ada Fish, Tortoise, rabbit dan Bird. Nama bird nie pun sama macam dalam citer Wonder Pets, Ming-Ming....
Tak lama lagi boleh bukak Mini Zoo.... Hehehehe!!
p/s: pasti nanti
Posted by mummysya at 12:00 PM 4 comments
Queen Fitted Sheet Set
U olls nak tahu tak, selain dari shopping handbag, kasut dan make-up Kin juga suka shopping cadar dan bantal....
Sekarang nie kan tengah musim sales!!! Sana sini sales, pendek kata mana-mana newspaper duk promote sales sana sini....
Time sales gini kin mmg suka sekali shopping bedsheet.....
Jumaat hari tu, waktu lunch kan panjang. Kin ajak Mommy Ros ke Sogo. Kebetulan Mommy Ros pun duk survey barang.
Then petang tu, rasa tak puas hati plak. Ajak MrHazizul repeat kat JJ Maluri....
Wah!!!! Syorga betul dapat tengok sales bedsheet kat sini. Sales up to 70%.
Kin paling suka brand Jean Perry, materialnya sangat besh!!! Tak panas.
Lepas nie bolehlah tukar bedsheet seminggu sekali....
Muahahaha!!!
p/s:Kin dah dapat Kenneth Cole....Thanks Farah
Posted by mummysya at 11:02 AM 2 comments
Salam Isnin
Salam Pagi Isnin semua.....
Ramai ke yang cuti hari nie, maklumlah cuti sekolah....
Kin!!! Hehehehe, kalo boleh nak apply juga cuti sempena cuti sekolah nie, tapi dahulukan mereka yang layak dulu lah....
Next week insyallah Kin cuti plak ya....
Apa-apa pun semoga hari ini menjadi lebih baik dari sebelumnya...
Dan Kin nak ucapkan terima kasih banyak sangat buat semua yang sudi membaca blog kin yang biasa-biasa ajer nie...
Salam Isnin....
Posted by mummysya at 9:00 AM 5 comments















































